Edublogger Meetup

Setiap tahun kami akan menganjurkan satu perhimpunan tahunan para blogger berpengalaman bersama para blogger baharu sebagai satu acara wajib dengan konsep yang berbeza setiap kali acara. Program yang dikenali sebagai EduBlogger Meetup ini telah memasuki tahun kedua pada tahun lepas.

EduBlogger Meetup merupakan satu acara penting yang tidak harus anda lepaskan. Penulis prolifik seperti Zamri Muhamad pernah mengulas mengenai acara ini dengan menyarankan agar setiap pendidik sekurang-kurang sekali menyertai program ini untuk merasai semangat dan jiwanya.

Sebelum ini, banyak pihak telah sudi berkerjasama dengan gerakkan ini membantu para pendidik meningkatkan kecekapan dalam penganjuran acara tahunan ini. Antaranya MaGIC, Apple Education, Laman7.com, SifuAdwords.my, kursuspenulisan.com, Alam Sinergi Teknik dan ramai lagi.

Kami menghargai sumbangan anda. Seterusnya, dalam memperkasa lagi gerakan ini, kami mengalu-alukan sebarang jalinan kerjasama untuk memacu pendidikan Malaysia untuk lebih cemerlang. Acara akan berlangsung pada minggu pertama Disember setiap tahun. Sertai platform Telegram kami untuk sebarang pengumuman.